Wednesday, May 25, 2011

KEMULIAAN UMAT NABI S.A.W

ASSALAMUALAIKUM....

Sesungguhnya manusia adalah sebaik-baik ciptaan ALLAH S.W.T di kalangan semua makhluknya, ALLAH S.W.T bagitahu dalam surah at-tin ayat ke-4, 'sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya'.

Tetapi, ada satu kemuliaan yang telah ALLAH S.W.T berikan kepada kita umat akhir zaman iaitu umat nabi  S.A.W, iaitu gelaran yang ALLAH S.W.T nyatakan dalam surah ali-imran ayat ke 110, Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma'ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah...........................'. Inilah gelaran yang ALLAH S.W.T berikan kepada kita, umat yang terbaik dari kalangan manusia.

Kenapa gelaran ini disandangkan kepada umat nabi S.A.W. Sedangkan pada zaman dahulu, umat nabi Musa@moses beribadah dan berzikir dalam gua sehingga 500 tahun dan sehingga akar2 daun melilit pada badan mereka. Mereka bersujud pada ALLAH S.W.T pula sehingga dkatakan batu yang mereka ambil sebagai tempat sujud akan remuk. Jika dilihat dari segi ibadah mereka, pasti kita akan merasa ta'jub, tetapi mereka masih tidak dilabel 'umat terbaik' dalam kalangan manusia.

Ulama memberi tafsiran kepada ayat ini, ALLAH S.W.T berikan title 'umat terbaik' kepada umat nabi S.A.W kerana 1 kerja, iaitu kerja dawah, 'menyuruh kepada yang ma'ruf, mencegah dari yang mungkar'. Inilah kemuliaan yang ALAH S.W.T beri kepada kita, Ulama bagitahu, ALLAH S.W.T itu maha berkuasa mampu untuk meng'am'kan hidayat pada seluruh umat manusia di atas muka bumi ini sama ada dengan adanya kerja da'wah atau tidak. Tetapi kerana ALLAH S.W.T ingin muliakan umat ini, ALLAH S.W.T  bagi kerja da'wah kepada umat nabi S.A.W iaitu kita, umat akhir zaman. Atas perkara ini, kita hendaklah cuba mendekati setiap manusia sama ada dia baik atau jahat, ini kerana, medan da'wah ialah manusia. Insyaallah ALLAH akan campakkan hidayat dalam diri semua umat nabi S.A.W..amin ya ALLAH, bagi saya juga hidayat..amin.

Dalam 1 kisah diriwayatkan, semasa Saidina Abu Bakar r.anhu memeluk islam, beliau telah bertanya kepada nabi S.A.W, 'apakah yang harus aku lakukan ya rasulullah?. Maka Nabi S.A.W bagitahu lebih kurang 'apa yang kau lihat aku buat, maka kau ikutlah'. apa yang nabi S.A.W buat pada ketika awal zaman penyebaran islam, tidak lain dan tidak bukan, iaitu da'wah kepada agama ALLAH S.W.T.

Jika kita lihat hari ini, ramai yang tidak kenal apa itu islam. Islam sering dikaitkan dengan keganasan, pengeboman berani mati dan bermacam-maam benda negatif lain. Orang ramai di luar negara akan lari jika lihat orang islam, kerana apa, takut ada 'bom'. Jadi, inilah tanggungjawab kita sebagai umat islam untuk bawa akhlak dan peribadi yang rasulullah ajarkan dan cuba membawa imej islam dalam kehidupan kita.

Kita kena belajar sayang kawan-kawan kita meskipun dia orang bukan islam atau 'orang islam sendiri yang kurang ambil berat terhadap agama, ..sayalah ni orangnya....hehe.....(jadi sayangilah saya dan nasihatkan saya selalu) insyaallah..... dan cuba sampaikan serba sedikit tentang apa itu 'islam' kepada mereka. Dalam 1 kisah, 1 hari nabi S.A.W melihat seorang jenazah yahudi diusung kekubur, maka nabi S.A.W menangis melihat keadaan itu, sahabat r.anhum bertanya, kenapa kau menangis ya rasulullah, maka nabi S.A.W menjawab, 'secara zahirnya kita melihat dia diusung kekubur, sedangkan pada hakikatnya, dia sedang menuju ke neraka ALLAH S.W.T untuk selama-lamanya.

Jadi, mudah2han lah kita semua dapat mengambil pengajaran serba sedikit tentang perkara ini dan cuba ubah diri kita, bwa imej islam dan sayangi semua orang, umat nabi S.A.W, . jadi insyaallah, azam!!!!   hehe.

No comments:

Post a Comment