ASSALAMUALAIKUM,
USAHA!!! KEKAL ATAU TIDAK.
Cuba kita lihat dan renungkan diri kita..........(merenung (^_____^) wah, cantiknya dia,, hehe,, menghayal la plak.. hehe,).......... 'back to topic' ..... apakah usaha kita dalam kehidupan seharian kita. ??
Jika kita seorang petani, maka usaha kita akan kita letakkan keatas pertanian kita, Jika kita seorang peniaga, maka kita akan letakkkan usaha kita atas perniagaan kita, dan saya sebagai seorang pelajar, sudah pasti saya meletakkan usaha keatas pelajaran saya. Ulama' kita bagitahu, 'keyakinan kita akan timbul terhadap sesuatu yang kita usahakan'. Mari kita fikir sejenak, dimanakah usaha kita telah kita letakkan? jika diri saya, maka saya menjawab, saya telah meletakkan usaha saya hampir 80% kepada usaha atas benda keduniaan. (dunia masuk dalam hati, kekadang lupa akhirat, astaghfirullahalazim).........insyaALLAH ,mudah2han, ALLAH S.W.T pilih saya untuk buat 'usaha atas iman' lagi dan lagi.
Setiap usaha atas keduniaan, maka yakin yang timbul atas perkara dunia, dan perkara dunia hanya sementara. Manakala, Jika usaha atas perkara akhirat, usaha atas iman, maka keyakinan yang timbul ke atas iman kita, nabi S.A.W bagitahu dalam 1 hadith, mahfumnya, 'Jika kamu mengejar perkara akhirat, maka dunia akan datang kepadamu dalam keadaaan hina' . Bagaimana jika kita letakkan usaha kita, ke atas iman kita, maka insyaALLAH , pasti dan pasti keyakinan kita akan timbul pada keimanan kita kepada ALLAH S.W.T.
Inilah yang telah nabi S.A.W usahakan ke atas para sahabat selama 13 tahun, pentarbiahan nabi S.A.W di kota mekah semata-mata untuk usahakan iman dan betulkan yakin sahabat kepada iman mereka. Atas pentarbiahan nabi S.A.W, maka sahabat telah dapat keyakinan yang betul pada ALLAH S.W.T dan sehingga sanggup mengorbankan harta diri dan masa mereka kerana kesedaran mereka bahawa (HARTA DIRI DAN MASA MILIK ALLAH S.W.T) untuk agama ALLAH S.W.T.
Maka atas perkara inilah sekarang kita melihat ramai jemaah (orang panggil jemaah tabligh), telah keluar bergerak menuju ke masjid-masjid, tinggalkan hal keduniaan untuk sementara dan bermujahadah untuk usahakan iman mereka. Kenapa usahakan iman di masjid?, 'Ulama kita bagitahu, Jika seseorang pelajar hendak belajar, maka suasana belajar perlu ada, (dalam kelas), maka jika ingin usahakan iman maka suasana yang paling sesuai ialah di masjid kerana dimasjid ada suasana malaikat, suasana iman dan ketenangan'. Ulama kita bagitahu, jika seorang anak terjun ke dalam gaung, maka pasti dan pasti ayahnya akan terjun menyelamatkannya, dan ......... jika kita terjun dalam usaha ini, secara sungghuh2 'usaha atas agama' maka, pasti dan pasti, ALLAH S.W.T, akan sambut kita'.
InsyaALLAH, mari kita renungkan kembali keadaan iman dan usaha kita, di mana kita letakkan............(merenung ..................... (^_____^) wah, cantiknya dia... hehe,, alamak, menghayal lagi.. hehe,)............'back to topic'.....Jadi atas perkara inilah kita kena fikir lagi dan lagi, bagaimana supaya iman kita dapat di usahakan yakin kita dapat dibetulkan.
Jadi insyaALLAH, semua azam dalam diri untuk usahakan iman.. amin................
No comments:
Post a Comment