Wednesday, May 25, 2011

MARI FIKIR SEJENAK, IMAN KITA!!!!!

ASSALAMUALAIKUM WBT....

Alhamdulillah, tetiba ada plak idea mau tulis sesuatu dalam blog ni yang telah lama kekosongan!!
MARI FIKIR SEJENAK ATAS IMAN KITA!!!
Jika kita lihat hari ini, iman dan amal kita sangat jauh dari tuntutan kalimah iman kita, kalimah 'Laila ha ilallah', . Sedangkan amalan dan keyakinan kita berdasarkan kalimah inilah yang akan menyelamatkan kita di alam kubur dan akhirat kelak!!
Kalimah 'Laila ha ilallah' ialah kalimah ikhlas, kalimah iman, kalimah tauhid yang mengajarkan kita untuk mentauhidkan ALLAH S.W.T dalam kehidupan kita. Dalam kalimah ini, kita telah bersyahadah bahawa selain ALLAH S.W.T, semua benda adalah makhluk, dan hanya ALLAH S.W.T sahaja yang mampu memberi manfaat dan mudarat kepada diri kita, Makhluk ini termasuklah kekayaan kita, kemiskinan, harta, ekonomi, pertanian dan benda keduniaan tak akan mampu memberi apa2 menafaat dan mudarat pada diri kita. Oleh itu, saya berpesan kepada diri sendiri dan makhluk 'umat nabi S.A.W', marilah sama-sama kita ubah yakin kita daripada makhluk, kepada yakin kepada ALLAH S.W.T dengan cara membesarkan ALLAH dalam hati dan mengeluarkan makhluk dari hati kita. 
Pada zaman sahabat r.anhum dahulu, sahabat sampai menumpahkan darah untuk mendapatkan yakin yang betul pada ALLAH S.W.T. Sepertimana dalam kisah adik saidina Umar r.anhu, ketika dia dan beberapa ahli keluarganya membuat ta'lim dengan membaca 'surah toha' untuk mengubah yakin mereka daripada makhluk kepada ALLAH S.W.T, saidina Umar r.anhu yang pada masa itu belum mendapat hidayat telah datang dan yang memukul adiknya sehingga berlumuran darah. (RUJUKAN, kitab fadhilat amal). Hari ini kita 'umat nabi' termasuk saya,, hehehe,,, tiada tentangan yang keras untuk buat majlis ta'lim tapi terlalai dan kurang mengambil kisah tentang perkara ini. 
Perkara ini harus kita usahakan lagi dan lagi, Ini kerana, ulama kita membuat 1 perumpamaan, 'Bilamana sebuah lori yang membawa gula menghadapi kemalangan, maka sudah pasti yang akan tertumpah dari lori tersebut ialah gula, Ulama bagi tamsilan, kemalangan manusia yang paling besar ialah ketika 'waktu nazak' maka apa yang ada di dalam hatinya, itulah yang akan keluar, bilamana dalam hatinya ada keyakinan dan iman yang betul pada ALLAH S.W.T, maka 'insyaallah' dapatlah dia mengucapkan kalimah Laila ha ilallah'. Jika tidak, maka pasti dan pasti, sukar menalkinkan orang tersebut. Pada hari kiamat kelak, semua benda di atas muka bumi ini akan musnah, dan hanya kalimah inilah yang akan kekal dan menempat di dalam hati orang-orang yang beramal dengannya.
 Nabi S.A.W bagitahu dalam satu hadith, mahfumnya, 'barangsiapa yang dapat mengucapkan kalimah yang diajarkan kepada paciknya Abu Talib yang dia menolaknya, iaitu kalimah 'Laila ha ilallah' maka wajib syurga baginya'. 
Jadi, insyaallah, mudah2han kita dapat ambil pengajaran dan harap2 ALLAH S.W.T bagi kita taufik untuk betulkan iman dan yakin kita. amin!!!!!!!!

No comments:

Post a Comment