ALHAMDULILLAH...
SYUKUR PADA ALLAH dengan taufik dan hidayatnya, dapat juak idea mau tulis entri dalam blog ni......sbenarnya ada kawan bg idea nak tulis pasal benda ni. Baru jak chat ngan dia td....hehehe,
MANUSIA PERLU PADA AGAMA!!!
KENAPA DAN KENAPA????
Mari kita tanya diri kita, siapa kita dan kenapa kita perlu ada agama.
Sebagai seorang manusia sangat lemah dan seorang yang beragama islam, saya sendiri mengetahui saya hanyalah seorang hamba ALLAH S.W.T, tuhan seluruh alam yang telah menciptakan langit dan bumi, serta seluruh isi dunia ini.
Apakah pula tujuan kita dihantar ke muka bumi ini,
berdasarkan firman ALLAH S.W.T.
'tidak aku ciptakan jin dan manusia, melainkan untuk beribadah kepadaku'.
Untuk menunjukkan manusia cara kehidupan dan beribadah yang betul, ALLAH S.W.T, telah menghantar lebih kurang 124,000 orang nabi untuk membawa manusia ke jalan yang benar. Dan Nabi Muhammad S.A.W adalah Nabi dan Rasul terakhir yang diutus untuk mengembalikan manusia kepada 'din' yakni cara hidup yang ALLAH S.W.T kehendaki, iaitu islam.
Kerana sifat adil yang ada pada ALLAH S.W.T, ALLAH S.W.T telah menetapkan kejayaan manusia didalam agama. ALLAH S.W.T tidak menetapkan kejayaan seorang manusia itu pada tahap IQnya, pada kecantika atau kehensemannya, tetapi ALLAH S.W.T meletakkan kejayaan manusia dalam agama ALLAH S.W.T. Seorang yang miskin, bilamana dia amal agama ALLAH S.W.T, maka berjayalah dia. Manakala manusia yang kaya, gagah bilamana dia tidak mahu menerima agama ALLAH S.W.T, maka pasti dan pasti, binaalah dia.
Sebagaimana yang kita lihat dalam AL-QURAN al-karim, ALLAH S.W.T telah menceritakan kisah beberapa kaum dan umat terdahulu yang telah dibinasakan kerana tidak mahu mengambil agama. Dalam al-quran, ALLAH S.W.T telah menceritakan bagaimana firaun laknatullahalaih telah dibinasakan oleh ALLAH S.W.T kerana tidak mahu menerima agama yang dibawa oleh Nabi Musa@Moses a.s. Biarpun Firaun laknahtulahalaih memiliki kekuasaan dan kekuatan, namun kerana tidak mahu ambil agama, maka ALLAH S.W.T binasakan.
Dalam AL-QURAN al-karim juga ALLAH S.W.T telah ceritakan bagaimana Namrud laknahtulahalaih yang memiliki kuasa pemerintahan yang besar, pada zaman nabi Ibrahim@Abraham a.s telah ALLAH S.W.T binasakan kerana tidak mahu menerima agama yang dibawa oleh nabi Ibrahim a.s. ALLAH S.W.T tidak memerlukan kuasa yang kuat untuk menghancurkan namrud laknahtullahalaih, sebaliknya ALLAH S.W.T hanya menghantar seekor nyamuk dan menghinakan namrud.
Selain itu, ALLAH S.W.T juga telah menceritakan kisah kaum nabi lut a.s yang telah ALLAH S.W.T binasakan tidak lain tidak bukan sebabnya kerana tidak mahu mengambil agama yang di bawa oleh rasul ALLAH lut a.s.
Dalam kisah sirah Nabi kita, Muhammad S.A.W pula, telah ALLAH takdirkan sahabat2 nabi yang telah mendapat title 'r.anhu' @ 'yang di redhai ALLAH S.W.T' kerana mereka dengan taufik dan hidayat ALLAH S.W.T telah mengambil agama yang dibawa oleh nabi S.A.W. Para sahabat r.anhum telah mendapat kemuliaan sehingga 2/3 dunia telah jatuh pada telapak kaki sahabat pada zaman penyebaran islam.
Ulama kita bagitahu, tiada lagi umat yang paling jahil sebelum dan selepas para sahabat r.anhum. Ini kerana, mereka telah berjudi dengan meneka (guess) jantina bayi dengan membedah perut seorang ibu yang masih mengandung, dan mereka telah menanam bayi perempuan secara hidup2. Namun, asbab 1 perkara yang mereka bawa dalam diri mereka, iaitu 'agama' maka ALLAH S.W.T muliakan mereka. Nabi S.A.W bagitahu dalam 1 hadith, mahfumnya, 'para sahabatku itu seperti bintang-bintang di langit, ikutlah mereka nescaya kamu tak akan sesat'.
Dalam 1 riwayat, Malaikat Jibril@Gabriel a.s pernah bertanya kepada Rasulullah S.A.W, 'ya rasulullah, siapakah yang lebih mulia, aku atau engkau?, maka rasulullah S.A.W bagitahu, saya lebih mulia kerana kau diutuskan untuk aku', selepas itu, Jibril a.s ertanya lagi, 'Ya Rasulullah S.A.W, siapakah yang lebih mulia, engkaukah atau Al-Quran'? maka, nabi S.A.W bagitahu, saya lebih mulia kerana Al-quran diutuskan untuk aku, selepas itu Jibril a.s bertanya lagi, 'Ya Rasulullah, siapa yang lebih mulia, engkaukah atau agama?, maka Nabi S.A.W bagitahu, AGAMA lebih mulia, kerana aku diutuskan untuk agama'.
Maka, sudah pasti dan pasti, manusia yang amal agama ALLAH S.W.T ikut cara Nabi S.A.W, AKAN BERJAYA DUNIA DAN AKHIRAT.
Oleh itu, marilah kita cuba mengubah diri kita sendiri agar dapat amal agama yang telah ALLAH S.W.T samapikan kepada Rasulullah S.A.W, mengikut cara baginda S.A.W, insyaallah.
mudah2han ALLAH S.W.T akan pilih kita semua menjadi orang yang amal agama dan dilindungi daripada fitnah dunia.. amin!!!
No comments:
Post a Comment